Pages

Monday, October 27, 2014

Testimoni Puan Salwa Fadzil : Aplikasi di Mahkamah

2012

Testimoni Pn. Muna 'Izzah Fadzil (Kekanda Puan Salwa)

DARI MAHKAMAH SYARIAH

Perkongsian dari adinda saya, Peguam Salwa Fadzil, yang pernah menghadiri "Kursus Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad" pada 17 Disember 2011 lalu.

Ketika Peguam Salwa mengendalikan kes perlakuan tidak sopan dua remaja di Mahkamah Syariah, beliau telah membawa kes kendalian seorang rakannya, oleh sebab itu beliau tidak sempat membelek fail kes. Apa yang beliau tahu, hukuman yang akan diberikan kepada remaja itu ialah penjara (remaja berumur 22 tahun)

Ketika Salwa menyampaikan hujahnya agar kedua orang remaja itu tidak dipenjarakan, beliau hanya sempat mengingati teknik Nabi dalam hadith "Mat Romeo" yang dipelajari semasa menghadiri kursus, di mana dalam hadith itu ada seorang pemuda datang mengaku kepada Rasulullah bahawa dia pernah bercumbu-cumbu.

Salwa menyampaikan hujah dengan menerangkan teknik yang digunakan oleh Nabi dalam menangani orang bersalah yang sudah insaf.

Ketika beliau menyampaikan hujah, hakim kelihatan menganggukkan kepala. Selesai Salwa berhujah, Hakim memberikan keputusannya, iaitu mahkamah mempunyai bidangkuasa memberi denda penjara, tetapi beliau melepaskan mereka atas fakta mereka mengaku salah dan insaf atas perbuatan. Hakim mengulangi apa yang dikatakan Nabi dalam hadith tersebut. Apabila hakim menekankan bahawa taubat dan insaf itu yang penting, dua remaja itu bersyukur dan terdorong meneruskan kehidupan lebih baik dengan berkahwin.

Adinda saya bersyukur kerana telah dapat menggunakan apa yang dipelajari dalam Kursus Mendorong Pelajar Corot tempoh hari dalam keadaan di mana beliau tidak sempat meneliti kes dengan baik.

Kelihatan adinda saya itu semakin gembira mengendalikan kes-kesnya.

Testimoni Puan Zamzurina Asmuee : Aplikasi ke atas anak yang suka menjerit

1 Januari 2013
Testimoni kesan mengaplikasi Teknik NABI....
Perkongsian testimoni daripada Puan Zamzurina Asmuee yang mengikuti bengkel Mendorong Pelajar Corot kendalian Puan Ustazah Siti Khadijah.
"Anak saya Muaz suka sangat menjerit di dalam rumah. Tidak kira masa, dia pasti menjerit. Saya cuba aplikasi pujian gaya Nabi Muhammad ke atas Muaz.
Saya puji Muaz dengan berkata, "Ibu kagum Muaz memiliki suara yang kuat. Sekiranya suara Muaz yang kuat tersebut digunakan untuk Azan, Muaz akan jadi seperti Bilal bin Rabah."
Sejak mendengar pujian saya, Muaz tidak menjerit lagi. Daripada suka menjerit, Muaz telah bertukar kepada selalu Azan di dalam rumah. Saya memanggilnya 'Bilal'."

Sumber : FB Puan Ainon Mohd

Testimoni Puan Ruqayyah Muhammad : Aplikasi sebagai Dietitian di Hospital

6 Oktober 2013
Testimoni Teknik Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa alihi wasallam|
Saya sukakan catatan Puan RuQayyah Muhd ini mengenai aplikasi Teknik Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa alihi wasallam ke atas pesakit-pesakit beliau. Semoga dengan perkongsian ini, akan membantu serta memudahkan lebih ramai rakan-rakan Fb memahami Teknik Nabi.
______________________
Beberapa minggu ini sambil observe student kaunseling pesakit, saya memikirkan dan cuba 'mencari flow dorongan mengikut Teknik Nabi yang boleh saya amalkan kepada pesakit saya. Flow ini masih boleh diperbaiki dan boleh digunakan juga untuk 'bukan dietitian' spt doktor, nurse dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa flow aplikasi Teknik Nabi dalam mendorong pesakit yang memerlukan kaunseling diet.
Mohon sahabat sahabat dietitian yang lain yang ingin mengamalkan Teknik Nabi ini mencubanya dan dapat memberi feedback adakah ia berkesan kepada pesakit kalian.
Saya masih mencuba on & off pada pesakit, mengikut kesesuaian disebabkan ada student yang attach bersama.
____________________________________________________________
Mendorong pesakit dengan TEKNIK NABI MUHAMMAD S.A.W
1 - Berikan tawaran kepada pesakit di awal sesi kaunseling sebelum memberi kaunseling. dengan lain kata, minta izin untuk memberikan nasihat kepadanya.
Cth: jika dahulu saya bertanya : "Pakcik tahu kan kenapa doktor rujuk pak cik pada diet?sebab gula darah pakcik tinggi, jadi kita nak kena ubah cara makan pakcik."
(Selalunya pesakit akan pasif sahaja dan memberi respon seperti menanti untuk dimarahi atau dileterkan. )
Kini saya cuba dengan "Pak cik, mahukah jika saya bantu pakcik untuk kawal gula darah pak cik dengan lebih baik?"
(Kini, pesakit lebih menunjukkan minat untuk mendengar dan bertanya lebih lanjut )
2. Elakkan soalan berbentuk siasatan semasa mendapatkan maklumat dari pesakit.
- Ini adalah perkara yang biasa terjadi bilamana kita ingin mendapatkan full history atau kebiasaan pemakanan pesakit. Cara kita bertanya kadangkala menjadi seperti polis pencen dan kadangkala boleh sebabkan pesakit 'annoyed' dengan kita sebelum kita belum sempat memberi kaunseling diet lagi.
- Elakkan menggunakan perkataan "kenapa" dan tukar dengan "apakah"
Contoh: "Kenapa pakcik minum air manis banyak?"
- "Kenapa pakcik tak ikut saranan yang telah diberi sebelum ini?"
Tukarkan kepada : "Apakah sebab pakcik minum air manis kerap setiap hari?"
"Apakah punca pakcik tak boleh ikut saranan yang telah diberikan?"
- Saya dapati, saya akan mendapat lebih banyak maklumat kenapa pesakit tak boleh ikut apa yang disarankan sebelum ini.
3. Pejam mata pada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh pesakit.
- Elakkan mengkritik/menunjukkan kesalahan pesakit.
Contoh : "Salah ni cara pakcik makan ubat. Patutla gula tak turun turun.."
"Laaa, patutlah berat tak turun turun.awak ni makan snek banyak sangat.."
-Terus tunjukkan cara yang betul kepada pesakit.
"Cara makan ubat yang betul adalah sebelum makan utama.Gula darah pakcik akan lebih terkawal."
"Pengambilan snek yang kerap antara waktu makan akan sebabkan berat badan meningkat."
4. Puji perubahan yang dilakukan pesakit walaupun kecil dan nampak tidak signifikan.Dan nyatakan impak perbuatannya itu.
-Puji perbuatannya, bukan orangnya.
"Saya seronok tengok makcik sudah berjaya mengurangkan pengambilan air manis makcik kepada satu kali sehari berbanding 5 kali sehari. Gula darah makcik pun lebih cantik bacaannya."
"Bagus! Saya bangga awak mampu bersenam setiap hari 10 minit. berat badan sudah turun 0.5kg. Jika awak tingkat kan kepada 30minit sehari, sudah tentu berat badan awak akan turun dengan lebih banyak lagi."
Saya baru sempat mencuba 4 step ini kepada pesakit. Saya akan update lagi di masa hadapan jika ada kelapangan dan ruang. InsyAllah.
Dan mohon juga sebarang penambahbaikan kepada flow saya ini..

Sumber : www.fb.com/BintuAbdghaffar (Ustazah Siti Khadijah)